Apa Itu 5S?
Seirin, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang bermaksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal ini diringkaskan menjadi 5S agar mudah disebut dan seringkas penggunaanya. Walaupun ringkas, manfaat dan hasil penggunaanya terserlah dengan
Sisih (Seiri)
Proses mengasing barangan yang perlu drp sekumpulan barangan yg tidak diperlukan di tempat kerja. Proses pengasingan ini membanu dalam menentukan barangan yang mungkin tidak diperlukan sekarang tapi boleh digunakan pd masa hadapan peralatan terseut haruslah disimpan di tempat simpanan yang sesuai.
** Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.
Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang tidak diperlukan utk diasingkan. Ia bertujuan memudahkan penggunaan dan penyimpanan kerana setiap fail disusun mengikut kumpulan. Dgn itu, ia akan membantu mempercepatkan proses pencarian apabila diperlukan kelak. Tujuan utama menyusun untuk menjimatkan ruang agar nampak lebih kemas dan teratur.
** Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas supaya mudah utk diambil dan simpan semula.
** Tempat simpanan boleh diakses oleh semua kakaitangan.
** Barangan atau dokumen yang paling kerap digunakan diletakkan ditempat yang mudah dicapai.
** Semua tempat barangan atau dokumen hendaklah dilabel.
**Gunakan warna bagi melabel bagi mendapatkan kecerian.
Sapu (Seiso)
Kita akan merasa lebih selesa bekerja dalam persekitaran yang bersih dan segar. Selain meningkatkan efisen kerja, menyapu juga boleh meningkatkan yahap keselamatan di tempat kerja. Ia bertujuan untuk menhilangkan habuk atau kekotoran yang melekat ditempat kerja atau fail2 yang telah disisih dan disusun. Senarai semak hendaklah diletakkan sebagaoi panduan kepada kakitangan lain.
**Bentuk tugas pencucuian mengemas mengikut kumpulan.
** Mempamerkan peta kawasan pembersihan dan tugasan.
** Menggabungkan aktiviti sapu, kilatkan, semak dan betulkan.
** Buat dengan kerjasama semua kakitangan.
Seragam (Seiketsu)
Seragam hanya boleh dilakukan setelah aktiviti sisih, susun dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting agar segala usaha yang dilakukan dalam 3 aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sndiri oleh kakitangan akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Justeru, kakitangan akan sentiasa memastikan dan mengekalkan kebersihan tempat kerja mereka.
** Apabila 3 konsep di atas dilaksanakan, akan wujud penyeragaman.
** Peraturan yang boleh dipatuhi oelh smua kakitangan diwujudkan.
Sentiasa Amalkan (Shitsuke)
Setiap kakitangan perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan kebersihan organisasi serta tempat kerja. Amalan kebersihan memang dituntut dalam agama dan masyarakat.
** Audit dalaman 5S dilakukan secara berterusan.
** Melantik orang yg bertanggungjawab untuk kawasan tertentu.
** Memberi hadia atau penghargaan bagi kumpulan yang berjaya mengamalkan 5S.
No comments:
Post a Comment