Sunday, April 4, 2010

Ulang ingat apa dia 5s ..














1. SEIRI (SISIH)


  • Sebarang halangan keatas laluan mesti dialihkan.

  • Elakkan barangan bercampur - sisihkan.
  • Elakkan kesesakan – susun semula barangan dan elakkan pengumpulan yang tidak perlu.

  • Buat senarai rujukan ~ cepat & mudah.

  • Pastikan status barangan (keutamaan), kurangkan barangan peribadi.

2. SEITON (SUSUN)


  • Konsep FIFO digunakan di tempat yang perlu.
  • Susunan untuk peralatan – perlu ditandakan atau dilabelkan (Nombor rujukan untuk peralatan yang disimpan dalam satu tempat)
  • Peraturan asas “Hanya kaki di atas lantai” ~ sebarang objek yang mudah alih hendaklah ditandakan.
  • Gambarajah pejabat atau susun atur peralatan ~ Susun supaya ruang kelihatan luas, mudah untuk pergerakan dan selesa (Gunakan kreativiti untuk tujuan tersebut)
  • Papan kenyataan ~ Buat susunan yang betul, sempadan, memo dikemas kini (Lebih baik jika ada tarikh tempoh untuk notis tersebut)
  • Poster & bingkai gambar ~ Dicadangkan untuk membuat susunan sama aras atau seragam.

3. SEISO (SAPU)


  • Buktikan ada aktiviti pembersihan pada lantai, dinding, siling, peralatan, papan putih, dll.
  • Pastikan pembersihan juga dibuat di kawasan yang tersorok.
  • Pertimbangkan kesesuaian kawasan kerja yang cukup terang dan faktor persekitaran yang lain.
  • Jika ada jadual pembersihan harian, ia perlu dikemas kini.
  • Tindakan ke atas barangan yang rosak (laporan & status)

4. SEIKETSU (SERAGAM)


  • Kod warna ~ contoh untuk rujukan fail, bekas penyimpan, dll.
  • Pokka -Yoke ~ kaedah pencegahan dari kesilapan.
  • Pengurusan kabel/wayar ~ kabel hendaklah diikat kemas (Tidak boleh tergantung longgar atau di atas lantai tanpa penutup yang sesuai)
  • Penjimatan tenaga ~ Tanda pada suis lampu /penghawa dingin.
  • Papan Tanda amaran BAHAYA, KELUAR dan ALAT PEMADAM API.
  • Sudut 5S ~ Tunjuk serta kemas kini aktiviti yang dijalankan.
  • Person In Charge (PIC): ~ Kaedah / peraturan dalaman dan orang yang bertanggung jawab keatas kawasan tersebut.

5. SHITSUKE (SETIA DIRI/DISIPLIN)


  • Clean as you go (CLAYGO) ~ kemaskan sebelum tinggalkan tempat makan.
  • Pakaian seragam ~ seharusnya bersih & kemas.
  • Pemahaman & komitmen terhadap konsep S5 ~ kerja berpasukan.
  • Peraturan keselamatan ~ seharusnya dipatuhi oleh semua pekerja.
  • Buat amalan 5S-5minit setiap hari.
  • Komunikasi yang baik & etika menjawab panggilan telefon.
  • Tunjuk serta kongsi kisah kejayaan tentang 5S.

No comments:

Post a Comment