Sunday, April 4, 2010

Ulang ingat apa dia 5s ..

1. SEIRI (SISIH)

  • Sebarang halangan keatas laluan mesti dialihkan.

  • Elakkan barangan bercampur - sisihkan.
  • Elakkan kesesakan – susun semula barangan dan elakkan pengumpulan yang tidak perlu.

  • Buat senarai rujukan ~ cepat & mudah.

  • Pastikan status barangan (keutamaan), kurangkan barangan peribadi.

2. SEITON (SUSUN)

  • Konsep FIFO digunakan di tempat yang perlu.
  • Susunan untuk peralatan – perlu ditandakan atau dilabelkan (Nombor rujukan untuk peralatan yang disimpan dalam satu tempat)
  • Peraturan asas “Hanya kaki di atas lantai” ~ sebarang objek yang mudah alih hendaklah ditandakan.
  • Gambarajah pejabat atau susun atur peralatan ~ Susun supaya ruang kelihatan luas, mudah untuk pergerakan dan selesa (Gunakan kreativiti untuk tujuan tersebut)
  • Papan kenyataan ~ Buat susunan yang betul, sempadan, memo dikemas kini (Lebih baik jika ada tarikh tempoh untuk notis tersebut)
  • Poster & bingkai gambar ~ Dicadangkan untuk membuat susunan sama aras atau seragam.

3. SEISO (SAPU)

  • Buktikan ada aktiviti pembersihan pada lantai, dinding, siling, peralatan, papan putih, dll.
  • Pastikan pembersihan juga dibuat di kawasan yang tersorok.
  • Pertimbangkan kesesuaian kawasan kerja yang cukup terang dan faktor persekitaran yang lain.
  • Jika ada jadual pembersihan harian, ia perlu dikemas kini.
  • Tindakan ke atas barangan yang rosak (laporan & status)

4. SEIKETSU (SERAGAM)

  • Kod warna ~ contoh untuk rujukan fail, bekas penyimpan, dll.
  • Pokka -Yoke ~ kaedah pencegahan dari kesilapan.
  • Pengurusan kabel/wayar ~ kabel hendaklah diikat kemas (Tidak boleh tergantung longgar atau di atas lantai tanpa penutup yang sesuai)
  • Penjimatan tenaga ~ Tanda pada suis lampu /penghawa dingin.
  • Papan Tanda amaran BAHAYA, KELUAR dan ALAT PEMADAM API.
  • Sudut 5S ~ Tunjuk serta kemas kini aktiviti yang dijalankan.
  • Person In Charge (PIC): ~ Kaedah / peraturan dalaman dan orang yang bertanggung jawab keatas kawasan tersebut.

5. SHITSUKE (SETIA DIRI/DISIPLIN)

  • Clean as you go (CLAYGO) ~ kemaskan sebelum tinggalkan tempat makan.
  • Pakaian seragam ~ seharusnya bersih & kemas.
  • Pemahaman & komitmen terhadap konsep S5 ~ kerja berpasukan.
  • Peraturan keselamatan ~ seharusnya dipatuhi oleh semua pekerja.
  • Buat amalan 5S-5minit setiap hari.
  • Komunikasi yang baik & etika menjawab panggilan telefon.
  • Tunjuk serta kongsi kisah kejayaan tentang 5S.

Contoh Tagging Dewan Seminar

contoh suis 5s.

Pelaksanaan amalan 5s berkesan.

Untuk mendapat hasil yang optimum daripada pelaksanaan 5S di organisasi kita, beberapa perkara berikut boleh membantu :

� Dapatkan sokongan dari peringkat pihak pengurusan atasan. Komitmen pihak pengurusan atasan dapat mewujudkan suasana yang sesuai bagi pelaksanaan 5S selain mampu memberi kesan yang lebih berpanjangan.

� Sediakan prasarana yang bersesuaian. Adalah penting dikenal pasti terlebih dahulu aspek atau ruang yang bersesuaian untuk dilaksanakan 5S dalam organisasi. Untuk itu adalah perlu diwujudkan beberapa jawatankuasa bagi pelaksanaan 5S

� Sediakan dan lancarkan sistem atau kaedah komunikasi yang sesuai. Ini penting bagi memberikan penerangan akan keperluan, kepentingan dan kebaikan 5S di organisasi kita kepada staf lain. Untuk itu beberapa kaedah boleh digunakan misalnya :
a. Melalui mesyuarat
b. Menggunakan intranet atau laman web organisasi
c. Papan kenyataan
d. Poster
e. Surat Berita Dalaman ( Newsletter)

� Mengadakan latihan kepada kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam 5S dan staf lain di organisasi kita. Adalah perlu dirancang latihan asas 5S kepada setiap staf. Ini bagi membolehkan seluruh staf organisasi tahu apa peranan yang harus mereka laksanakan dalam 5S

� Mulakan dengan projek perintis 5S. Pilih kawasan yang kebanyakan staf tidak "teringin" untuk bekerja, mungkin kerana terlalu sesak, tidak terurus dan sebagainya. Kawasan berkenaan juga harus mempunyai kesan visual positif apabila 5S dilaksanakan. Dengan pengalaman projek perintis ini kelak dapat digunakan untuk merancang pelaksanaan 5S yang lebih menyeluruh dalam organisasi.

� Wujudkan dan kongsikan Best Practices. Sediakan dan gunakan pangkalan data berkaitan amalan-amalan yang terbaik dan mesti dikongsikan dengan staf yang lain.

� Sediakan pelan pelaksanaan 5S yang menyeluruh. Hasil dari pelaksanaan projek perintis 5S, adalah penting dilakukan penilaian dan semakan. Dapatkan maklumbalas dan idea daripada ahli kumpulan projek perintis 5S berkenaan untuk input penambahbaikan dalam pelan pelaksanaan 5S organisasi

� Sentiasa menilai dan membuat pengubahsuaian. Dalam pelaksanaan 5S, setiap masalah yang dihadapi harus dijadikan teladan dan daripadanya mesti dilakukan penambahbaikan. Ubahsuai atau pilih pendekatan dan kaedah pelaksanaan bagi memastikan 5S di organisasi kita lebih "segar".

10 Minit sebelum balik.

  • Pastikan barang yg perlu sahaja berada di atas meja
  • Pastikan ruangan pendokumentasian kemas selepas digunakan
  • Pastikan ruangan pantri kemas dan tong sampah dikosongkan
  • Senaraikan kerja tertangguh untuk esok mengikut keutamaan
  • Pastikan surau kemas selepas digunakan
  • Pastikan tandas bersih dan tong sampah dikosongkan

Saturday, April 3, 2010

Tips amalan 5s.

  • Komunikasi dan promosi dalam amalan 5S sangat penting bagi memastikan setiap anggota dalam organisasi sentiasa faham dan mengetahui perkembangan semasa pelaksanaan 5S
  • Saling ingat mengingati sesama kita adalah antara tanggungjawab bersama yang harus dilaksanakan yang merupakan penyumbang utama kepada pelaksanaan 5S yang berkesan
  • Melalui 5S proses kerja dapat dibaiki, ditingkatkan dan dapat juga disingkatkan.

Pelaksanaan 5S yang Berkesan